==








==

INDUSTRI PENTERNAKAN PUYUH PEDAGING







external image puyuh.bmp










Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.
Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.
Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.
Struktur Industri
Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.
Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.


1.
Kategori Pengusaha
Puyuh pedaging komersil
Bil.Penternak
38
2.
Puyuh pedaging dan penelur komersil
7
3.
Baka pedaging/penetasan/pedagingdan penelur komersil
9
4.
Baka pedaging/penelur/penetasan/pedagingdan penelur komersil
10

Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia



Sais Ladang
Bilangan Penternak
kurang dari 1,000 ekor
25
1,000 - 3,000 ekor
41
3,000 - 5,000 ekor
16
5,000 - 10,000 ekor
12
legih dari 10,000 ekor
14


external image puyuh2.bmp
Sangkar puyuh
Unjuran dan Sasaran Pengeluaran
Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah seperti di Rajah 3.
Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Tahun
Pengeluaran daging puyuh (tan metrik)
1998
950
2000
1,140
2002
1,380
2004
1,670
2006
2,030
2008
2,450
2010
2,970

external image puyuh3.bmp

Anak puyuh yang baru menetas dan dibawa keluar dari inkubator









Pemakanan Puyuh
Puyuh diberi makanan dari jenis ‘Quail Starter mash’ atau Makanan Permulaan Puyuh. Kandungan nutrien yang disyorkan adalah seperti di Lampiran 3. Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untuk mempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusaha puyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini. Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagi memberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging kerana volume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar boleh mendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepada pengeluar makanan

Kesihatan
Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan ‘flighty behaviour’ dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keatas penyakit puyuh dari masa ke semasa.

Pengurusan Alam Sekitar
Pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan penternakan. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penternakan puyuh adalah seperti masalah lalat, berbau busuk dan melepaskan air buangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan bagi pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalam undang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untuk mendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampiran di negeri masing-masing.

Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik

(Good Animal Husbandry Practices – GAHP) Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendaki untuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harus menitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjamin kehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangan keuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinan keatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkan perniagaan luar dan dalam negeri.

Kedudukan ladang
Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalah seperti berikut :


  1. Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.
  2. Jauh dari ladang unggas yang lain.
  3. Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahan pengangkutan barang-barang input dan output.
  4. Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.
  5. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.


Perumahan
Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaan dari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitif keatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhi untuk menjamin pengeluaran yang maksimum.
  1. Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Ini menentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsal yang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.
  2. Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meter untuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.
  3. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokok besar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yang sempurna. Elakan kawasan yang lembab.
  4. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.
  5. Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistem peralatan yang digunakan.
  6. Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.
  7. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untuk mencegah kemasukan burung atau pemangsa.
  8. Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenangan pengurusan.
  9. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air dari hujan ke parit besar.

Pembersihan Bangsal
Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :
  1. Keluarkan sampah sarap lama/najis
  2. Keluarkan dan cuci peralatan makanan
  3. Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.
  4. Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung. Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.
  5. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan ‘High pressure sprayer’ amat digalakan.
  6. Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal.

Persiapan Penerimaan Anak Puyuh
Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan ‘polyethelene sheets’ bagi mengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklah dialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anak puyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.
Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup. Gunakan kertas dari jenis ‘ corrugated paper ‘ untuk dijadikan alas lantai didalam kotak. Tempatkan lebihkurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh

Perindukan
Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal sebaik sahaja sampai di ladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi lemah dan mengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat. Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhu yang sesuai adalah 35 – 36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu didalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari. Pemberian haba tamat pada hari ke 10. Pengurusan yang paling baik adalah dengan mengikut keperluan anak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan. Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikan setiap hari. Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perlu dibersihkan setiap hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah makanan yang diisikan kedalam bekas mencukupi dan tidak membazir. Tentukan hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan nasihat penggunaan ubatan.

Pembesaran
Selepas sahaja perindukan, didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantai sampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan di kawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh. Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu juga keparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuci selalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatan puyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengan kadar satu bekas untuk 100 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidak perlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar. Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekas makanan keparas yang dapat dimakan puyuh.
Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diatas kotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara diatas lantai kotak. Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekas minuman air untuk 80 ekor ( satu petak ). Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

Pengurusan Lain
Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkan gangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukan orang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.
Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan. Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan. Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkan nasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikut kadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan termasuk ‘withdrawal period’ sebelum puyuh diproses.

Penangkapan Puyuh untuk Diproses.
Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklah ditangkap dan dimuatkan kedalam bakul untuk penghantaran ketempat pemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan baik untuk mengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum disembelih diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelum ditangkap.Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjamin pemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapan hendaklah dijalankan dengan cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Gunakan penghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan dari menendang dan membaling puyuh. Tangkap puyuh secukupnya dan dipegang dibahagian kaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala dahulu. Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan dari kesesakan.

Pemprosesan Puyuh
Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas karkas seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isiperut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.

Penyimpanan Rekod
Penyimpanan rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untuk menganalisakan kejayaan atau kegagalan penternakan. Rekod membantu pengusaha mengenal pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta merta boleh diambil apabila mendapati masalah.

Pemasaran
  1. Anak PuyuhBagi pengusaha puyuh baka, hasil penjualan adalah anak puyuh. Kadar harga yang dikenakan didapati sangat berbeza diantara negeri-negeri dan didalam kawasan sesebuah negeri. Rajah menunjukkan harga penjualan anak puyuh mengikut negeri.
    Harga Penjualan Anak Puyuh Pedaging Komersil
Negeri
Harga Anak puyuh Pedaging(sen / ekor)
Johor
40
Kedah
30
Kedah
30,40,50,60,100
Kelantan
30,35,50
Negeri Sembilan
40
Pahang
50
Perak
35,40
Terengganu
35,40
Sarawak
55,100
WP Labuan
80

Perbezaan harga kerana berikut :
    1. ada pengusaha menjual anak puyuh melebihi umur sehari.
    2. kos pengeluaran yang berbeza.
    3. jenis puyuh yang berbeza ( antara puyuh pedaging dan penelur ).

  1. Puyuh Proses Didalam penternakan puyuh, penjualan dari ladang adalah dalam bentuk bersih diproses. Kebanyakan pengusaha puyuh pedaging mempunyai kemudahan pemprosesan. Penjualan puyuh ada beberapa bentuk mengikut negeri/kawasan penternakan. Penjualan secara seekor adalah paling popular dikebanyakan negeri. Puyuh-puyuh proses dijual mengikut ekor dan ada beberapa gred puyuh. Gred puyuh tidak seragam untuk kebanyakan pengusaha. Negeri Kelantan dan Pahang menjual mengikut berat sekilogram.

  1. Rajah menunjukkan gred dan harga jualan yang diamalkan mengikut negeri. Puyuh proses biasanya dijual kepada peniaga-peniaga restoran, pasar malam dan pasaraya.
    Gred dan Harga Puyuh Mengikut Negeri ( 1998 )
Negeri
Gred
Harga
Negeri
Gred
Harga
Kedah
A( 150 – 180 gm/ekor )
1.50 / ekor

B ( kurang dari 150 gm/ekor )
1.20 / ekor
1.10 / ekor
Perak
Borong
1.60 / ekor
Selangor
A (minima 2.0 kg / 10 ekor )
B (minima 1.6 kg / 10 ekor )
C (minima 1.45 kg / 10 ekor )
2.00 / ekor
1.70 / ekor
1.50 / ekor
Negeri Sembilan
A ( melebihi 1.5 kg / 10 ekor )
B ( 1.30 – 1.45 kg / 10 ekor )
C ( 1.00 – 1.20 kg / 10 ekor )
1.75 / ekor
1.60 / ekor
1.10 / ekor
Johor
AA ( melebihi 190 gm / ekor )
A ( 170 – 190 gm / ekor )
B ( 150 – 170 gm / ekor )
2.10 / ekor
1.90 / ekor
1.70 / ekor
Terengganu
1.10 – 1.20 gm / ekor
1.50 – 1.60 / ekor
atau 12.00 / kg
Kelantan
100 gm / ekor
110 gm / ekor
160 gm / ekor
180 gm / ekor
12.00 / kg
13.00 / kg
18.00 / kg
20.00 / kg
Puyuh Goreng Puyuh pedaging untuk dimakan yang sangat popular adalah dalam bentuk goreng. Boleh dikatakan peratusan yang tinggi puyuh dijual dalam bentuk ini yang banyak terdapat di pasar malam, pasar tani, warung dan restoran. Harga yang dikenakan tidak menentu dan mengikut kawasan pasaran. Sebagai contoh, dibandar Johor Bahru seekor puyuh goreng berharga RM2.50 – RM3.00/ekor. Walaubagaimanapun ada juga terdapat puyuh dijual dalam bentuk masakan lain di restoran.

  1. PromosiUntuk menggalakkan perkembangan industri ternakan puyuh pedaging, promosi perlu dijalankan untuk mendedahkan pengguna kepada khasiat dan keenakan daging puyuh. Jabatan Perkhidmatan Haiwan melalui negeri-negeri dan FAMA sering mengadakan promosi daging puyuh bagi tujuan tersebut. Pengguna telah didedahkan kepada khasiat dan keenakan daging puyuh. Sambutan yang menggalakan dari pengguna menunjukkan puyuh boleh diterima. Penyebaran promosi masih lagi terhad kepada pengguna dibandar. Walaubagaiamanapun, pengusaha puyuh pedaging perlu juga memainkan peranan untuk mencapai pengambilan daging puyuh ketahap yang lebih tinggi.
Piawaian Puyuh Pedaging IKTA
Berat Hidup ( Purata Jantan dan Betina )
1 hari
10 gram
7 hari
40 gram
14 hari
90 gram
21 hari
160 gram
28 hari
220 gram
35 hari
270 gram
42 hari
290 gram
Kadar Penukaran Makanan
7 hari
1.07
14 hari
1.58
21 hari
1.89
28 hari
2.18
35 hari
2.64
42 hari
3.03
Kadar Kematian ( Kumulatif )
7 hari
1.07 – 1.90
14 hari
1.58 – 2.90
21 hari
1.89 – 3.90
28 hari
2.18 – 4.90
35 hari
2.64 – 5.90
42 hari
3.03 – 6.50


Senarai Pengusaha Puyuh Baka/ Bekalan Anak Puyuh
Nama
Alamat
Telefon
Ishak bin Zainon
Bt.17, Jalan Naka
06760 Pokok Sena
Kedah
04-7821605
Shahridzo bin Md Eunos
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak
05-8914706
Mohd Fauzi bin Mohd Yusof
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak
05-8914706
Ruzlan bin Othman
No.30, Jalan Kubur
Kg Cherang Lali
17500 Tanah Merah
Kelantan
09-9556524
Muhamad Kama bin Mohd Amin
Jalan Pengkalan Baru
Kg. Jeram
21200 Manur
Kuala Terengganu
09-6151776
Azri bin Haron
Kg Bayas
Ulu Melaka
07000 Langkawi
Kedah
04-9652387
Jamaludun bin Ali
Lot 278, Kg Bahru
27000 Jerantut
Pahang
09-2671018

Senarai Pengusaha Bekalan Puyuh Proses

Nama
Alamat
Telefon
Shahridzo bin Md Eunos
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak
05-8914706
Mohd Fauzi bin Mohd Yusof
d/a Ladang Infoternak
Jabatan Haiwan Negeri Perak
31100 Sg. Siput (U)
Perak
05-8914706
Ruzlan bin Othman
No.30, Jalan Kubur
Kg Cherang Lali
17500 Tanah Merah
Kelantan
09-9556524
Muhamad Kama bin Mohd Amin
Jalan Pengkalan Baru
Kg. Jeram
21200 Manur
Kuala Terengganu
09-6151776
Azri bin Haron
Kg Bayas
Ulu Melaka
07000 Langkawi
Kedah
04-9652387
Jamaludun bin Ali
Lot 278, Kg Bahru
27000 Jerantut
Pahang
09-2671018
Nasiman bin Kassan
Jalan Nasiman, Kg. SC
Sg. Tiram, Johor Bahru

Harun/Idris bin Baba
Kg. Pengkalan Pauh,
78100 Lubok China,
Melaka
06 – 6967981
Hj. Daud Muhamad
Jalan Lubok Rotan
17500 Tanah Merah,
Kelantan


link

http://www.mmagroup.com.my/halia-madu.php

KHASIAT DAGING DAN TELUR PUYUH
Khasiat Daging Dan Telur Puyuh
Pengenalan Dahulu : Telur dan daging puyuh belum terkenal Dijadikan sebagai hobi sebagai bahan perubatan Boleh menyembuh penyakit (pernafasan dan kesejukan )
Orang cina: Awet telur puyuh dengan herba dan alcohol dan Masak daging puyuh dengan herba.
Orang Melayu/Jawa : Masak telur dengan herba-telur pindang.
Sekarang: Mula dikenali dan digemari ramai Tahun 1990 ,kerajaan memperkenalkan ternakan puyuh ( daging dan telur) dipasaran Harga mahal,kurang sambutan Rasa daging dan telur puyuh enak dan berkhasiat menjadi makanan kegemaran. Puyuh daging-5 minggu boleh dipasarkan (dijual/proses) Puyuh telur -6 miggu mula bertelur.



ciri-ciri puyuh Ayam
1.
Umur mula bertelur
142 hari
130 hari
2.
Berat telur (g)
12gram
56gram
3.
Penukaran makanan ke telur
1.9-2.9
2.7-5.0
4.
Kandunagn protien dalam telur
11.5 %
!2.8%
5.
Pengeluaran telur dalam setahun
200-300biji
200-300biji
6.
Kandunagn protien dalam makanan
Permulaan Penelur
25-28 %
21-25%
19-21%
15-19%
7.
Masa pengeraman
16 hari
21 hari
8.
Kandungan protien dalam daging
20-25 %
22%
9.
Nisbah makanan : daging
3.5-4.0
2.0-2.15
10.
Berat hidup
170-260gram
1,360-3130 gram
11.
Peratus berat bersih
67-72%
72-75%
DAGING PUYUH
  • Orang ramai pentingkan kesihatan,ambil kira :
  • Pengambilan makanan yang seimbang dan berzat.
  • Makanan tinggi lemak (kolestrol) tidak digemari
  • Sebabkan penyakit-darah tinggi,masalah jantung,lumpuh.
  • Daging puyuh –lemak rendah (abdomen fat) berbanding ayam.
  • Warna gelap seperti daging ayam selasih
  • Ayam daging-putih.
KANDUNGAN NUTRITIF DAGING PUYUH DAN DAGING AYAM
Bil
Kandungan
Daging Puyuh
Daging Ayam
1.
Kelembapan (%)
65.50
64.00
2.
Proti n (%)
20.60
18.80
3.
Lemak (%)
10.60
14.20
4.
Abu (%)
3.10
3.70
5.
Tenaga (cal/100g)
168
162
6.
Kolestrol (mg/g.daging)
57.80
60-90
7.
Lemak abdominal (% berat hidup)
0.95
3.05


*1.06
*2.5-3.6


*0.84

TELUR PUYUH
  • Orang takut makantelur puyuh-kerana paras klolesterol berada di tahap yang tinggi.
  • Kolesterol ada pada kuning telur.
  • Bergantung saiz telur-telur besar,kuning besar(mempunyai banyak kelesterol)
PERBANDINGAN (TAHAP KOLESTEROL) MENGIKUTSAIZ BERAT TELUR

Telur Ayam
Berat Telur = 53.63g
Purata berat kuning telur ( 25.28% daripada 53.63) = 13.6g
Kolesterol = 14.2 mg/g kuning telur.
Jumlah kolesterol ( 14.2 x 13.6 ) =193mg
*sebiji telur ayam yang beratnya 53.63 g mengandungi 193 mg kolesterol.
KANDUNGAN FIZIKAL TELUR
Bil
Perkara
Telur puyuh
Telur ayam
1.
Berat telur (gram)
10.2
53.63
2.
Bentuk index
79.1
78.42
3.
Putih telur (%)
55.8
61.56
4.
Kuning telur (%)
*29.4
28.28
5.
% kulit termasuk selaput
14.7*11.0
13.16*7.80
6.
Ketebalan kulit (mm)
0.19
0.31
*Jadual di atas menunjukkan perbandingan kandunagn fizikal telur puyuh dan telur ayam
Didapati % kuning telur samada telur puyuh atau telur ayam dalam purata 30 %.
Bil
Perkara
Telur puyuh
1.
Berat telur (gram)
12.98
2.
Putih telur (%)
54.10
3.
Kuning telur (%)
34.40
4.
% kulit termasuk selaput
10.50
5.
Ketebalan kulit (mm)
0.19
*jadual diatas menunjukkan keputusan yang diperolehi di Institut kemajuan ternakan Ayam (IKTA) ,Johor bahru.
KANDUNGAN KIMIA TELUR


Bil
Perkara
Telur puyuh
Telur ayam
1.
Kelembapan (%)
73.8
74.0
2.
Protin (%)
13.23
12.80
3.
Lemak (%)
10.83
11.50
4.
Abu/Mineral (%)
1.03
1.00
5.
Tenaga (kcl/100 g seluruh cecair telur
158
156-183
6.
Kolesterol (mg/ g kuning telur)
11.96(purata)*12.83 13.0
114.18(purata)*14.00
*Berdasarkan jadual di atas di dapati purata paras kolesterol ( mg/g kuning telur) dalam telur ayam dan telur puyuh adalah sama.
KEENAKAN DAGING PUYUH
1.Puyuh goreng
Kaedah penyediaan :
A. Suntikan
-Dilakukan ke atas daging puyuh ( seekor/potong dua)
-Disuntik pada bahagian otot peha .penyerapan keseratan daging
- Bahan: 4.5 % sodium tripolyhosphate,7.5 % garam dan 88.0 % air.
- tujuan : kemasukan perasa “water soluble “ dalam daging atau beri rasa tersendiri berbanding perasa di atas daging ( hilang kulit maka hilang perasa )
B. Predust.
-kaedah pelekatan ‘breading’ (tepung) pada kulit.
-bahan: putih telur kering,tepung beras dan wheat gluten.
C. Batter
-bahan:tepung gandum,air,garam dan lada hitam
-kepekatan’ batter’ mempengaruhi kelekatan bahan “breading”(tepung)
  1. Breading
-bergantung kepada saiz untuk ‘pick up’ dan kekerasan rupa.
-gunakan saiz ‘gramulation’ yang halus/medium.
-tambah paprika/rempah lain untuk tambah rasa/rupa menarik
E. Goreng
-goreng pada tahap masak yang dikehendaki.(guna minyak)
- guna ‘pressure cooker’
- goring selama 90 saat dengan suhu minyak 193-199 C (goreng sementara).
-masukkan dalam oven selama 12-14 minit pada suhu 203 C(400F)
||