CARA CARA PENANAMAN POKOK PISANG BERANGAN
TENTANG PISANG:
Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam.di malaysia kultivar seperti pisang mas,berangan,cavendish dan restali ditanam untuk dimakan segar.kultivar seperti pisang nangka,raja,lang,relong,tanduk,nipah dan pisang awak pula sesuai ntuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di asia tengara kini telah dikomersialkan.


images_(4).jpg

PISANG BERANGAN



ELEMEN PENANAMAN POKOK PISANG BERANGAN

ANAK PISANGimages_(2).jpg


IKLIM

Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.

TANAH

Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratuimages_(3).jpg

CARA PENANAMAN


Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.
images_(1).jpg

JARAK PENANAMAN ANAK PISANG




Penjagaan

Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.



JENIS JENIS PISANG YANG BIASA TERDAPAT DI MALAYSIA:
images.jpg
pisang emas


images_(4).jpg

pisang berangan


pisang_awak.jpg
pisang awak
pisang_tanduk.jpg


pisang tanduk

klik dibawah untuk megetahui jenis jenis pisang lain:link jenis pisang