LOGO SYARIKAT





PROFIL SYARIKAT


Sejarah Penubuhan Syarikat
Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri pada 23 April 2003. Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004. Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan penyatuan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT):
  • LPKT Teluk Intan
  • LPKT Hilir Perak
  • LPKT Langkap
  • LPKT Chui Chak
  • LPKT Batu 12
  • LPKT Pelawan
Disokong oleh prasarana yang sangat baik, pengurusan bandar yang lebih cekap telah dikendalikan oleh majlis daerah semenjak ditubuhkan pada tahun 1980. Hasil daripada penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mencantumkan beberapa Penguasa Tempatan dalam Daerah Hilir Perak. Semenjak itu, pertumbuhan bandar terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur dan utiliti serta pengangkutan dan lalulintas menjadi asas yang penting yang kemudiannya melayakkan majlis daerah dinaiktaraf.
CARTA ORGANISASI1.1.1 Carta Organisasi Bahagian Teknologi Maklumat.YANG DIPERTUA : TUAN HAJI IBRAHIMPEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT : ENCIK SIVAMARANPENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT : NOOR HASYIMAH BT IDRISJURUTEKNIK : -PEMBANTU TADBIR : -
MISI DAN VISI“Berusaha ke arah meningkatkan pengurusan kawasan pentadbiran majlis secara cekap dan berkesan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dan menangani perubahan bagi mencapai matlamat dasar pembangunan negeri dan negara”.

PIAGAM PELANGGAN
1.Melayani serta merta setiap aduan serta mengambil tindakan siasatan dalam tempoh 24 jam kecuali pada hari Cuti Umum dan Kelepasan Am
2.Melaksanakan Perkhidmatan Perbandaran seperti berikut;
a. Kutipan sampah dan pembersihan
-Kawasan Bandar setiap hari. -Kawasan Taman Perumahan selang sehari.
b. Pembersihan longkang
-Kawasan Bandar sekali sebulan.
-Kawasan Taman Perumahan sekali sebulan
c. Pemotongan rumput sekali sebulan di semua kawasan