mpt!!

Rajah 1.1. Wisma Majlis Perbandaran Taiping

Rajah 1.2 Latar Belakang Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.Berikut adalah sejarah perkembangan pentadbiran Taiping :
  • 1874 Penubuhan Lembaga Kebersihan / Kesihatan (Sanitary Board)
  • 1930 Lembaga Bandaran ditubuhkan melalui Akta Lembaga Bab 137
  • 1956 Majlis Perbandaran Berautonomi Kewangan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
  • 1/7/1977 Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (Keluasannya ialah 33.67 km persegi)
  • 1/9/1979 Penubuhan Majlis Perbandaran Taiping (Keluasannya ialah 139.89 km persegi)
Pada dasarnya bidang tugas Majlis Perbandaran Taiping adalah melibatkan perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan kawasan Majlis dan memberikan perkhidmatan perbandaran utuk memenuhi keperluan asas semasa penduduk di kawasan Majlis. Bagi mencapai hasrat ini, MPT telah menetapkan misinya iaitu menjadikan kawasan Majlis Perbandaran Taiping sebagai kawasan yang permai, bersih, indah, teratur dan dinamik.
Slogan
Perkhidmatan Berkualiti, Pelanggan Berpuas Hati
Wawasan
Memastikan Majlis Perbandaran Taiping sentiasa berdaya maju supaya Bandar Taiping selesa untuk didiami
Falsafah
Cemerlang Sepanjang Masa.
Dasar Kualiti
Mewujudkan satu sistem pengurusan yang komited untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap bagi mencapai kepuasan hati pelanggan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Matlamat
Menentukan keselesaan penduduk di dalam kawasan Majlis Perbandaran Taiping melalui peningkatan mutu perkhidmatan, perancangan dan pengawalan mengikut keperluan semasa, selaras dengan dasar kerajaan masa kini.

Kawasan Pentadbiran
Kawasan pentadbiran MPT kini merangkumi keluasan 186.46 km persegi iaitu 18,646 hektar. 16.46 km persegi yang terdiri daripada 12 mukim iaitu :-
1.
Batu Kurau
7.
Pengkalan Aur
2.
Kamunting
8.
Simpang
3.
Assam Kumbang
9.
Sungai Limau
4.
Jebong
10.
Bukit Gantang
5.
Tupai
11.
Trong
6.
Bandar Taiping
12.
Sungai Tinggi

Keseluruhan kawasan pentadbiran Majlis ialah 186.47 km persegi. Kira-kira 111.47 km persegi adalah kawasan operasi iaitu kawasan yang diberi perkhidmatan dan dikenakan cukai taksiran tahunan sementara 74.99 km persegi adalah kawasan kawalan iaitu kawasan yang tidak diberi perkhidmatan tetapi pembangunan terkawal.


Rajah 1.3 Carta Organisasi
MPT@


Rajah 1.4 Misi dan Visi Serta Logo

VISI
Menjadikan Taiping sebagai Sebuah Bandar Pelancongan Warisan Berdaya Maju, Sejahtera dan Mampan menjelang tahun 2015
MISI
Penggerak yang Berwibawa, Dinamik Berdaya Saing Dalam Penyampaian Perkhidmatan Perbandaran, Pembangunan dan Pelancongan Kepada Pelanggan Melalui Pengurusan Yang Berkualiti Dan Kompeten Untuk Kesejahteraan Dan Kemakmuran Masyarakat.
Logo
http://www.mptaiping.gov.my/v1/images/logompt.jpg
http://www.mptaiping.gov.my/v1/images/logompt.jpg