LATAR BELAKANG SYARIKAT..




M-ONE COMPUTER TECHNOLOGY


M ONE Computer Technology merupakan sebuah syarikat atau organisasi yang menfokuskan bidang Khidmat Perunding IT, pemasangan, penjualan, membekal serta menyediakan perkhidmatan Sistem Integrasi untuk produk IT dan juga produk telekomunikasi. Selain itu, kerja-kerja yang dilakukan adalah lebih kepada bahagian teknikal seperti membaikpulih komputer, memasang networking dan membaiki printer.

Syarikat ini telah mendapat kepercayaaan pelanggan dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Oleh itu, MOCT sudah mula mengembangkan lagi perniagaan dari segi penambahan produk dan servis seperti mengadakan kursus kelas komputer untuk pelajar sekolah mahupun orang dewasa. MOCT mempunyai wawasan tertentu untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang komputer.


Sejarah Penubuhan Organisasi

M ONE Computer Technology atau dikenali sebagai MOCT merupakan sebuah syarikat yang berasaskan komputer. Dahulunya ia dikenali sebagai M1 Computer Center. Tapi kini telah didaftarkan atas nama M ONE Computer Technology pada 21.10.2008.

MOCT adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputra. Syarikat ini adalah milik perkongsian dua individu professional dan kesemuanya adalah bumiputra iaitu Encik Saidin Bin Mohd Yatim dan Encik Akmal Razif Bin Mokhtar yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang komputer dan juga berpengalaman dalam bidang ini selama lebih 7 tahun.



Visi dan Misi Syarikat


i) Visi Syarikat.

a) Utamakan kualiti.

Berusaha mencapai tahap kualiti tertinggi.

b) Komitmen penuh terhadap perniagaan.

Segala urusan dikendalikan dengan sokongan padu tenaga kerja serta komitmen yang tinggi.

c) Mengutamakan pelanggan.

Pelanggan adalah asset yang paling bernilai dan saling menghormati.

ii) Misi Syarikat.

Misi M One Computer Technolody ialah “THE BEST SERVICE EVER” yang memberikan kepuasan kepada pelanggan secara menyeluruh sambil berusaha untuk menjadi sebuah syarikat bekalan barangan komputer yang bertaraf dunia.



Aktiviti Syarikat


i) Produk Komputer dan Peripheral.

Memasang, membekal, membaikpulih dan menyelenggara Workstation, PC, Pencetak serta peralatan yang berkaitan dalam bidang komputer termasuklah disket, toner, ribbon dan sebagainya.

ii) Membuat Rangkaian / Networking.

Membekal, membuat pemasangan dan servis structured cabling, Network Equipment Infrastructure (modem, routers, hubs) dan Network Integration termasuk khidmat rundingan, pemasangan, ujian dan pentauliahan serta integrasi sistem WAN/LAN.

iii)Software Produk untuk Keperluan Enterprise.

Menyediakan pakej aplikasi untuk pengurusan projek secara enterprise, sistem kawalan dan inventori, budgetting dan juga untuk Human Resource SAP MRP/Erpp, People Soft Primavera enterprise (PE3), Project Management System dan lain-lain.

iv)Kursus Kelas Komputer.

Menyediakan perkhidmatan kelas komputer. Kelas komputer yang diadakan mengikut pakej. Antara pakej yang ditawarkan ialah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Microsoft Acsess, Graphic dan juga internet. Sijil akan dikeluarkan oleh syarikat sendiri bagi mereka yang telah tamat belajar dan lulus.
i) Siber Kafe (Cybercafe)

Terdapat 6 buah komputer yeng dilengkapi dengan perkhidmatan internet untuk kegunaan pelanggan. Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan lain seperti Printing, Scanner, Fax.

ii) Jualan.

MOCT telah menyediakan pakej pembelian komputer terkini melalui PC Depot bagi menarik minat pelanggan untuk membeli komputer melalui syarikat mereka. Terdapat pelbagai jenis komputer yang dijual yang terdiri daripada beberapa jenis prosessor dan merupakan pilihan utama pelanggan yang membeli. Antara jenis-jenis prosessor yang dijual ialah :


i. INTEL PENTIUM III &IV,INTEL CORE I 3,5 &
ii. INTEL CELERON
iii. GIGABYTE
iv. AMD K6/2
v. AMD ATHLON

Selain itu, syarikat ini juga mengadakan promosi pada masa tertentu dengan menjual barangan komputer seperti papan litar utama, pemacu cakera liut, cakera keras, CD-ROM, CDRW, pendrive dan lain-lain. Terdapat juga ‘notebook’ dari jenama DELL, COMPAQ, TOSHIBA, ACER, IBM ,ASUS dan sebagainya.



Carta Organisasi




Carta_Organisasi_LM_Heritage.jpg