kolej.jpg


1.2.1 Sejarah Penubuhan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membina banyak hospital dan pusat kelengkapan moden yang dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus perubahan dan kepesatan kemajuan bidang perubatan dan kesihatan. Di samping itu, tenaga pekerjanya yang terdiri dari kumpulan profesional dan sokongan sentiasa dilatih dari semasa ke semasa agar berupaya memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi selaras dengan kehendak pelanggan.
Sedar akan keperluan perkhidmatan profesional kesihatan yang semakin tinggi, kerajaan melalui KKM telah mewujudkan pusat-pusat latihan yang meliputi sebelas bidang di bawah Rancangan Malaysia yang ke-7, kolej-kolej latihan tersebut disusun berkonsepkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Konsep ini menjurus kepada pengurusan berpusat Di mana segala kemudahan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pengurusan kewangan dan semua kemudahan fizikal di bawah satu bumbung pentadbiran. Lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) telah diluluskan pembinaannya termasuklah di Sungai Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Hulu Kinta.
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh merupakan kolej yang pertama dibina dengan kapasiti pelajar 3,000 orang di atas tapak seluas 28 hektar. Kampus induknya tersergam indah mempunyai lapan blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah riadah.Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2004. Kini terdapat lebih kurang 3108 orang pelatih basik yang terdiri dari enam program bertaraf Diploma termasuklah Kejurawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Penolong Pegawai Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Terdapat juga program bagi Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang ditawarkan di sini. Disamping itu terdapat program pos basik bagi kakitangan paramedik KKM yang sudah berkhidmat yang ingin meluaskan pengetahuan mereka di dalam bidang perubatan. Setakat 2011 terdapat 532 pelatih pos basik yang menjalani latihan di sini. Wawasan kolej ini adalah untuk menjadi sebuah institusi latihan kesihatan yang moden, berintegrasi dan cemerlang, di samping berupaya menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan semasa. Inilah objektif bersama yang mesti dicapai oleh semua warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh khususnya.




1.2.2 Carta organisasi


Kolej Sains Kesihatan Bersekutu


kolej1.jpg

Jadual 1.1 – Carta Organisasi Jabatan




1.3 Profil jabatan

Nama Pendaftaran : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Alamat : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Jalan Hospital,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Cawangan : Sungai Buloh

My status
No. Telefon : 03-61401945
No. Faksimili : 03-61402370
http://kskbsb.moh.gov.my/

1.3.1 Logo jabatan



logo_kolej.jpg




Rajah 1.2 –Logo Jabatan


Logo bagi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ini dipersembahkan dengan motif rebung dimana mengikut pepatah Melayu "Melentur buluh biar dari rebung". Rebung dikaitkan dengan asas bagi sistem pembelajaran yang teliti. Setiap bahagian dari rebung tersebut akan membentuk menjadi buluh yang sangat berguna. Walaupun masih ditahap rebung ianya tetap memberi faedah kepada individu.

1.3.1.1 Pembahagian warna
(a) Warna Ungu (warna korporat)
Warna ungu melambangkan kecemerlangan yang dicapai dalam era kemajuan. Ungu dikaitkan dengan cita-tiaitkan dengan cita-cita dimana sesuatu impian yang pasti dapat dilaksanakan

(b) Warna Kelabu
Kelabu dilambangkan sebagai bahan yang termaju pada zamannya serta melambangkan apa yang diimpikan adalah sesuatu yang dibanggakan dalam era tersebut.
1.3.1.2 Bentuk Logo

(a) Berlian
Memberi inspirasi bagi kebijaksanaan dan berada di puncak bagi memberitahu bahawa kebijakan adalah teras dalam lambang kolej.
(b) Enam Bilah
Mewakili enam kursus teras bagi program iaitu Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Radiografi dan Radioterapi dan Kesihatan Persekitaran.

(c) Enam Lengkung Menebal Ke Luar
Menggambarkan perkembangan setiap pengkhususan yang ditawarkan. Berlatarkan dengan bulatan merangkumi keenam-enam bilah dan lengkung. Bersekutu yang membawa maksud bergabung dan berintergasi.

1.3.2 Misi Kolej
Melaksanakan program akademik bagi melahirkan graduan sains kesihatan yang berilmu, bersahsiah murni serta berinovasi dalam mengaplikasikan ilmu dan kemahiran melalui budaya pembelajaran berkualiti dengan persekitaran kondusif.

1.3.3 Visi Kolej
Berazam menjadikan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh sebuah institusi latihan sains kesihatan yang cemerlang dan bertaraf dunia.

1.3.4 Cogan Kata
Ilmu Menjana Kecemerlangan’ melambangkan hanya dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi boleh menjamin kecemerlangan seseorang individu itu.


1.3.5 Hala Tuju
Hala tuju KSKB Sungai Buloh ialah mengwujudkan sebuah institusi latihan KKM yang moden, berintegrasi dan cemerlang. Disamping itu juga, kolej ini menyediakan kemudahan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri memenuhi keperluan semasa. Ini merupakan objektif yang mesti dicapai oleh semua yang menjadi warga KSKB Sungai Buloh.

1.3.6Piagam Pelanggan
Selaras dengan komitmen KSKB Sungai Buloh untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, kami sentiasa memastikan:
a) Aktiviti Pengajaran Pembelajaran berpandukan kepada kurikulum yang ditetapkan;
b) Urusan Hal Ehwal Pelatih dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan;
c) Keputusan peperiksaan akhir diumumkan satu (1) hari selepas keputusan diterima dari Bahagian Pengurusan Latihan;
d) Urusan perkhidmatan dan perjawatan dilaksanakan mengikut Pekeliling yang ditetapkan;
e) Penyediaan sumber rujukan yang terkini sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran;
f) Perkhidmatan kaunseling yang professional berpandukan kepada Akta Lembaga Kaunseling Negara Tahun 2003;
g) Urusan kewangan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling yang berkaitan;
h) Penyelenggaraan asset dan fasiliti mengikut jadual;
i) Penyediaan kemudahan pengangkutan mengikut masa yang ditetapkan;
j) Perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam di kolej dan asrama;
k) Laman Web KSKB dikemaskini setiap kali ada perubahan;
l) Setiap aduan diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari.



Video KSKB Sungai Buloh








    The College – KSKB
    CALENDAR


    MAP