I made this widget at MyFlashFetish.com.








FISCOM NETWORK ENTERPRISE (IP0327610-M)

Rancangan Perniagaan (Kelas Komputer Serta Menawarkan Perkhidmatan Servis & Membaiki Komputer)


LATAR BELAKANG PEMOHON
Nama Syarikat : FISCOM NETWORK ENTERPRISEIP0327610-M
Alamat Perniagaan :
NO. 86G-B.JALAN INTAN 6,BANDAR BARU,
36000 TELUK INTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN.
MAKLUMAT MENGENAI PERNIAGAAN
Jenis Perniagaan :
FISCOM NETWORKS ENTERPRISE (TR-0055550-U) ditubuhkan pada tahun 13-01-2005 yang bertapak di Kerteh Terengganu yang menjalankan perniagaan berteraskan komputer dan elektrikal sebagai perniagaan utama.
Bermula pada tahun 2010 FISCOM NETWORK ENTERPRISE (IP-0327610-M) telah mengambilalih keseluruhan pengurusan perniagaan dan operasi Syarikat FISCOM NETWORKS ENTERPRISE (TR-0055550-U).
Dengan pengambilalihan ini FISCOM NETWORKS ENTERPRISE (IP-0327610-M) telah menstrukturkan semula bidang perniagaannya bagi meneruskan dan memajukan lagi perniagaan yang telah pun mempunyai asas yang kukuh dan berdaya maju untuk terus berkembang di masa hadapan.
Kami menjalankan perniagaan ini secara berpilih sekiranya ditawarkan peluang, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kemahiran kakitangan dan keupayaan operasi fizikal kami dari masa ke semasa untuk mempelbagaikan punca pendapatan syarikat.


Latar Belakang Syarikat
Nama Syarikat :
FISCOM NETWORK ENTERPRISEIP0327610-M NO. 86G-B.JALAN INTAN 6,
BANDAR BARU, 36000 TELUK INTAN,
PERAK.


Status Syarikat : Pemilikan Perkongsian:

  1. MAS HIDAYAT BIN KAMARZAMAN.
  2. FADHIL ISKANDAR BIN SALIM.


PENGENALAN:

FISCOM NETWORKS adalah sebuah syarikat bumiputra yang berperanan dalam membantu kerajaan membudayakan setiap lapisan masyarakat mengenali budaya ICT. Usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya K-PERAK dalam membangunkan kesedaran rakyat telah berjaya membuka minda kami untuk menyumbangkan idea serta berusaha untuk memastikan matlamat murni yang dirancang ini dapat dicapai dengan jayanya.

PROGRAM CELIK IT yang dilaksanakan oleh K-Masyarakat di kalangan rakyat luar bandar telah berjaya menimbulkan kesedaran terhadap ramai peserta, di mana mereka berpendapat kelengkapan komputer merupakan satu keperluan yang amat penting bagi setiap institusi keluarga. Walaubagaimanapun, untuk memiliki sesebuah komputer baru, ianya memerlukan kos yang amat tinggi terutamanya bagi golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, pihak kami telah memperkenalkan satu aktiviti KITAR SEMULA dengan membeli dan mengitarsemula komputer dan seterusnya membekalkan kepada golongan tersebut dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu di miliki. Aktiviti tersebut dikenali sebagai program “ Komputer Mampu Milik(RE-GREEN).
KAEDAH PERLAKSANAAN. Pihak kami telah mewujudkan sebuah ONE STOP CENTER di Teluk Intan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti ICT dan promosi dalam memperkenalkan produk "komputer kitar semula" ini dan mendapati sambutan dikalangan masyarakat amat menggalakkan. Hasil temubual yang telah dijalankan oleh pihak kami terhadap para pengunjung didapati mereka amatberpuas hati dan mereka memberi sokongan penuh terhadap usaha yang akan kami dijalankan.
VISI, MISI dan MOTTO.

VISI:
‘BERBAKTI DAN BERJASA KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA’MISI:Memartabatkan Bangsa Dalam Penguasaan Ilmu ICT.MOTTO:Teknologi Adalah Penggerak Wawasan


Aktiviti Perniagaan

Berdasarkan permintaan yang tinggi serta kesedaran masyarakat terhadap teknologi ICT, pihakkami telah mewujudkan satupusat aktiviti perniagaan (one stop center ) terletakdibandar TelukIntan yang berperanan membantu golongan keluarga yang kurang berkemampuan bagi memiliki sebuah komputer kitar semula yang anggaranhargasekitar RM (200 – 500). Selain dari itu syarikat kami juga ada menawarkan beberapa aktiviti sampingan
diantaranya adalah:
1) Setiap Komputer(Re-Green) yang dijualakan ditawarkan secara percuma aplikasi “ pendidikan kekeluargaan” . Ianya bertujuan bagi merangsang dan memupuk minat setiap ahli keluarga dalam mengenali dan menguasai ilmu komputer.
2) Menawarkan khidmat nasihat percuma terhadap pelanggan yang datang
3) Membeli kelengkapan ICT(lupus) secara pukal daripada individu,swasta dan kerajaan
4) Membaik pulih segala jenis desktop dan komputer riba.
5) Menjual pelbagai jenis alat ganti ICT.
6) Membekal dan menyediakan perkhidmatan membaik pulih komputer
7) Membekal dan menyediakan perkhidmatan teknikal dan Networking (LAN)

APLIKASI
1) Program Penghayatan al quran
2) Program Muqaddam
3) Koleksi Ceramah keagamaan
4) Koleksi Motivasi pendidikan
5) Koleksi Flash games
6) Koleksi Biodata Pemimpin Setempat
7) Koleksi ulangkajipelajaran (rendah/menengah)
OBJEKTIF PERNIAGAAN
-Membantu keluarga yang tidak berkemampuan memiliki kemudahan ICT.
-Mewujudkan banyak eluang pekerjaan kepada golongan siswazah
-Merapatkan erjasama golongan siswazah dengan masyarakat luar bandar.
-Mempromosikan usaha murni kerajaan dalam membangunkan masyarakat celik ICT.
-Mewujudkan lebih ramai golongan usahawan bumiputra menceburi bidang ICT.

KESIMPULAN


Oleh yang demikian, sekiranya ramai golongan yang kurang berpengetahuan dalam ICT bolehmenguasai ilmu ini dengan jayanya maka mereka boleh bersaing didunia luar dengan lebih mudah memandangkan segala kemudahan diinstitusi-institusi tinggi sekarang adalah berunsurkan teknologi maklumat.
Mereka tidak akan ketinggalan zaman dan cukup bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang bagi merealisasika impian masing-masing.
Dengan itu, secara tidak langsung pihak K-Perak akan lebih diketahui umum sekiranya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat menjanjikan segala keberkesanan ilmu yang mantap bagi golongan yang kurang celik IT dan memberikan inisiatif positif untuk K-perak.
Seterusnya, adalah menjadi impian dan harapan kami sekiranya pihak K-Perak, sudi mengadakan perbincangan dan seterusnya menandatangani perjanjian usaha sama dalam mewujudkan “one stop center ICT ” .
Seberapa segera disetiap daerah dalam mempercepatkan pencapaian Misi/Visi khususnya K-Perak dan amnya kepada kerajaan negeri yang kita cintai
ini.

LOGO SYARIKAT

LOGO_KEDAI.jpg










CARTA ORGANISASI



CARTA_2.jpg




KALENDAR


GAMBAR-GAMBAR KEDAI

KEDAI_1.jpg KEDAI_3.jpg KEDAI_2.jpg
kedai_6.jpg

PETA KEDAI FISCOM NETWORKS ENTERPRISE

peta.png


VIDEO PEMASANGAN KOMPUTER


POSTER




POSTER.jpg

I made this widget at MyFlashFetish.com.